24.2 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Felda terbit sukuk, GGRC-i bernilai RM9 bilion hingga Sept 2025 – Zahid

    Shopee Sale

    Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah menerbitkan Sukuk Dengan Jaminan Kerajaan bernilai RM3.72 bilion serta Pembiayaan Kredit Pusingan Islam dengan Jaminan Kerajaan (GGRC-i) bernilai RM5.2 bilion sehingga 30 September 2025.

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan sukuk yang telah diterbitkan adalah RM8.92 bilion.

    "Tempoh matang GGRC-i adalah pada Jun 2027," kata beliau menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Selasa.

    Ahmad Zahid menjawab soalan Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mengenai hala tuju FGV Holdings Bhd (FGV) setelah dinyahsenarai serta terma-terma dikenakan kerajaan ke atas Felda di atas pinjaman bagi pembelian saham FGV.

    Beliau berkata susulan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada Ogos lalu, hala tuju utama FGV adalah untuk menstruktur semula operasi dan organisasi syarikat agar lebih cekap, berdaya saing serta mampan dalam jangka masa panjang.

    MENARIK:  Sokong bos isu baju posmen koyak: Warga maya 'hentam' kesatuan

    Sebagai pemegang saham terbesar, Felda akan memastikan FGV komited dalam menjana aliran tunai yang mampan manakala pulangan konsisten daripada keuntungan akan disalurkan semula untuk memperkukuh kedudukan kewangan Felda serta menjamin kebajikan peneroka, kata Ahmad Zahid.

    Selain itu, penyatuan operasi FGV dengan Felda pula membolehkan pelaksanaan ekonomi skala, khususnya dalam perolehan input ladang seperti baja, racun dan peralatan, sekali gus memberi penjimatan kos besar yang pada akhirnya mengurangkan beban kos ladang serta lot peneroka.

    FGV juga, kata Ahmad Zahird, memberi tumpuan bagi memperluas perniagaan hiliran dengan nilai tambah seperti oleokimia, produk makanan berasaskan sawit, biodiesel serta tenaga boleh baharu.

    “Langkah-langkah itu dijangka memacu pertumbuhan baharu serta meningkatkan nilai tambah kepada ekonomi negara,” kata beliau.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah