32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Trump nafi pernah ke pulau milik Jeffrey Epstein

    Shopee Sale

    Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Isnin menegaskan dia tidak pernah mengunjungi pulau milik mendiang ahli kewangan dan pesalah seks, Jeffrey Epstein, malah tidak pernah berada dekat dengan tempat itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    Kenyataan itu dibuat bagi menyangkal jenaka hos Anugerah Grammy, Trevor Noah yang mendakwa Trump dan bekas presiden AS, Bill Clinton kononnya pernah mengunjungi pulau milik Epstein itu.

    "Noah telah memberikan kenyataan yang tidak benar mengenai saya, bahawa Donald Trump dan Bill Clinton pernah menghabiskan masa di Pulau Epstein. Salah!!! 

    “Saya tidak boleh bercakap bagi pihak Bill, tetapi saya tidak pernah ke Pulau Epstein, mahupun berdekatan. Malah sehingga kenyataan palsu dan berunsur fitnah malam tadi, saya tidak pernah dituduh berada di sana, walaupun oleh media berita palsu," kata Trump menerusi hantaran di Truth Social.

    MENARIK:  Mahkamah Tinggi batal saman wanita mahu isytihar diri bukan Islam

    Dia juga mengecam Trevor Noah, menyifatkan hos itu sebagai seorang yang “tidak kompeten” dan menegaskan perlu memastikan fakta yang betul sebelum membuat kenyataan.

    “Kelihatannya saya akan menghantar peguam saya untuk menyaman hos M.C. malang ini. Bersiaplah, Noah, kerana saya akan pastikan ini menjadi pengalaman yang menyeronokkan untuk saya!” tambahnya.

    Pada 30 Januari, Timbalan Peguam Negara AS, Todd Blanche mengumumkan bahawa semua bahan berkaitan kes Epstein telah didedahkan. Melalui pendedahan terbaru itu, jumlah keseluruhan data yang dikeluarkan melebihi 3.5 juta fail dan merangkumi sebutan mengenai ramai tokoh berpengaruh termasuk Trump, Elon Musk, Bill Gates, Clinton, dan lain-lain.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah