29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tragedi raya: Tiga maut, empat cedera di Karak

    Shopee Sale

    Tiga maut manakala empat lagi - termasuk dua kanak-kanak - cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 50.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong, petang tadi.

    Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, dalam kemalangan yang dilaporkan berlaku jam 4.55 petang itu, lapan mangsa lain terdiri pemandu dan penumpang tiga lagi kenderaan, selamat.

    “Sepasukan 10 anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat,” katanya dalam kenyataan.

    Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah lori lima tan serta empat kereta jenis Honda Accord, Proton Waja, Proton Saga dan Subaru.

    “Tiga mangsa menaiki Honda Accord, terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita, disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi individu dalam kenderaan sama mengalami kecederaan.

    MENARIK:  Usul dari 72 bahagian Umno tuntut pengampunan penuh 'Bossku'

    “Selain itu, pemandu lori lima tan turut dilaporkan cedera,” katanya.

    Zulfadli berkata, pihak bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan semua mangsa sebelum memberi rawatan awal kepada mereka yang cedera.

    “Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah