24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tragedi heli: Bedah siasat 10 mangsa selesai 2.20 petang tadi

    Shopee Sale

    Proses bezah siasat ke atas 10 mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh telah selesai pada 2.20 petang hari ini.

    Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut dalam kenyataan memaklumkan jenazah mangsa beragama Islam akan dibawa ke Kem Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh untuk solat jenazah.

    Selain itu, jasad mendiang Lt T Sivasutan akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di Sitiawan sebelum disemadikan esok (25 April) manakala jasad mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna akan diterbangkan menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Serian, Sarawak untuk disemadikan.

    Kenyataan itu memaklumkan pihak pengurusan tertinggi TLDM yang dilantik telah menghubungi waris mangsa melalui unit masing-masing tentang kejadian itu.

    “TLDM akan terus memberi sokongan dari segi bantuan pengurusan jenazah dan sebarang keperluan daripada pihak waris sebaik mungkin,” menurut kenyataan tersebut.

    MENARIK:  Bukti kukuh, bukan sentimen yang akan bebaskan Najib - Abu Talib

    Kenyataan itu turut memaklumkan penghormatan terakhir buat semua wira TLDM yang terkorban akan dilaksanakan mengikut tradisi tentera laut di setiap lokasi pengebumian yang dipersetujui waris.

    Dalam kejadian 9.32 pagi semalam, 10 anggota dan pegawai TLDM maut dalam tragedi dua helikopter terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah