27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiga anggota FRU masih kritikal, tak sedarkan diri

    Shopee Sale

    Tiga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan pagi semalam masih berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.

    Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin (gambar atas) berkata anggota berkenaan ialah Koperal Haslizal Mohd Ali, 44, Sarjan Mazlan Mat, 50, dan Koperal Mohd Izwan Ishak, 39.

    “Kesemua mereka kini di tempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Teluk Intan.

    “Hari ini pihak kami mengadakan ziarah kebajikan ke atas mangsa-mangsa yang cedera dalam kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata terdapat empat anggota yang cedera telah sedar dan dirawat di hospital sama.

    MENARIK:  Tentera India: Pakistan lancar serangan dron, peluru berpandu - laporan

    Mereka ialah Koperal Mohammad Zulnaidi Muhammad Zullkifli, 34, Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26, Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin, 39, dan Sarjan Mohd Parih Ali, 44.

    Dalam kejadian 8.50 pagi semalam, sembilan anggota FRU Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh maut selepas trak yang mereka naiki berlanggar dengan lori muatan batu kerikil, sekali gus menyebabkan lapan anggota maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Teluk Intan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah