33.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada unsur jenayah pelajar UM maut jatuh dari asrama, kata polis

    Shopee Sale

    Polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian melibatkan seorang pelajar Universiti Malaya (UM) maut dipercayai terjatuh dari bangunan kolej kediaman universiti berkenaan petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata hasil bezah siasat mendapati kematian pelajar lelaki berusia 22 tahun itu berpunca daripada kecederaan serius di kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi.

    “Bedah siasat ke atas mangsa telah dijalankan oleh pegawai perubatan di Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bermula kira-kira 10 malam semalam dan selesai sekitar tiga pagi tadi.

    “Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan dada. Tiada kesan jerutan atau lain-lain unsur jenayah dikesan pada tubuh mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Dia berkata mayat pelajar berkenaan telah dituntut oleh keluarganya pada 10 pagi ini.

    Sebelum ini, Shamsudin memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian mangsa terjatuh dari bangunan kolej kediaman pada 3.15 petang semalam.

    “Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di PPUM pada 4.25 petang,” katanya.

    MENARIK:  Mayat reput: Dua beranak dipercayai telah mati lebih seminggu

    Menurutnya, siasatan di lokasi kejadian telah dijalankan Pasukan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Selangor bersama pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, selain keterangan saksi turut dirakam bagi membantu siasatan.

    Shamsudin berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis masih meneruskan siasatan bagi melengkapkan laporan penuh berhubung insiden itu.

    Dia turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau tampil ke balai polis berhampiran.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah