29 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Eyra Hazali Dedah Sebab Pilih Kahwin Muda – ‘Haziq Dari Awal Ada Family Planning, Kerjaya Bola Sepak Tak Lama’

    Shopee Sale

    Pelakon Eyra Hazali mendedahkan bahawa keputusannya untuk mendirikan rumah tangga pada usia muda bersama suami, Muhammad Haziq Nadzli, bukanlah satu tindakan yang terburu-buru.

    Artikel Berkaitan: Eyra Hazali Terkilan Disindir Guna ‘Safety Strap’ Pada Anak – ‘Bukan Saja Nak Bagi Pakai’

    MENARIK:  [VIDEO] Aleeya Zailan Berhabis RM10,000, Kongsi Rezeki Bersama Anak-Anak Yatim & Asnaf

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Eyra Hazali Lancar Baca Surah Ad-Dhuha, Netizen ‘Cop’ Menantu – ‘Pandainya Mengaji’

    Dah ada perancangan keluarga

    " data-video-id="7641895123210620167" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @pama.my

    Berkahwin muda tak jadi masalah jika ada perancangan yang baik 👍 #majalahpama #fyp #keluargabahagia #parenting

    ♬ original sound – Pa&Ma – Pa&Ma

    Menerusi Pa & Ma, Eyra atau nama lengkapnya Hazirah Qasdina Hazali, 27, berkata suaminya itu sudah mempunyai perancangan keluarga dan kewangan sejak awal lagi. Hal ini kerana, dia memikirkan kerjaya bola sepak yang tidak panjang dan mungkin berakhir pada usia 40-an.

    Sebenarnya, it all started daripada Haziq sebenarnya. Sebab sebenarnya dia fikir kerjaya bola sepak ni tak lama. 

    Bila dia orang berumur 40-an dia orang dah slow down ataupun kita kata pencen. Jadi dia ada family, financial planning.

    Selain itu, Eyra berkata suaminya itu sangat menitikberatkan batas pergaulan ketika fasa perkenalan, termasuk tidak gemar keluar berdua tanpa peneman.

    Dia pun sebenarnya tidak suka keluar berdua. Kalau sesiapa yang kenal kita orang daripada awal, kalau pergi mana-mana saya memang bawa mummy.

    Berkongsi lanjut, Eyra memaklumkan bahawa salah satu harapan mereka apabila berkahwin awal kerana mahu membesarkan anak-anak ketika usia mereka masih muda dan bertenaga.

    Untuk rekod, Eyra mendirikan rumah tangga dengan Haziq pada 1 Disember 2018 dan mereka kini mempunyai tiga cahaya mata. 

    Sumber: TikTok Pa & Ma

    The post [VIDEO] Eyra Hazali Dedah Sebab Pilih Kahwin Muda – ‘Haziq Dari Awal Ada Family Planning, Kerjaya Bola Sepak Tak Lama’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah