33.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mayat reput: Dua beranak dipercayai telah mati lebih seminggu

    Shopee Sale

    Polis mengesahkan seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemukan dalam keadaan reput di sebuah unit pangsapuri di Jalan Bukit Gambir di George Twon, Pulau Pinang Isnin lepas, telah meninggal dunia lebih seminggu.

    Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Alwi Zainal Abidin berkata ia berdasarkan laporan bezah siasat ke atas dua beranak itu semalam.

    “Doktor juga tidak dapat memastikan punca kematian kerana keadaan mayat sudah reput,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    MENARIK:  Lantikan terajui PKR Sabah taklif, bukan tashrif - Mustapha

    Sebelum ini polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita berusia 40 tahun dan anak perempuannya berumur dua tahun di pangsapuri itu, susulan aduan bau busuk daripada orang awam. 

    Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan atau luka ditemukan pada badan dua beranak itu, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah