26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada ketegangan dalam Umno lepas Tengku Zafrul keluar parti – Zahid

    Shopee Sale

    Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak wujud sebarang ketegangan sehingga menghangatkan suhu dalaman Umno berikutan keputusan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz keluar parti.

    Presiden Umno itu berkata kebanyakan akar umbi berpandangan tindakan Tengku Zafrul meletak jawatan dalam parti adalah wajar.

    “Saya tidak nampak ‘suhu kepanasan’ berlaku dalam kalangan Umno, eloklah keluar kalau tidak ada kesetiaan di dalam parti... jangan ganggu dia kerana dia sedang mengerjakan haji, moga-moga ketenangan menyelubungi mindanya,” katanya.

    Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan pramesyuarat bersama delegasi Malaysia sempena lawatan kerja empat hari ke United Kingdom yang bermula semalam.

    Jumaat  lepas, Tengku Zafrul menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa beliau telah menghantar surat peletakan jawatan dalam Umno untuk menyertai PKR.

    MENARIK:  Sekali lagi komuniti antarabangsa gagal, kata Anwar

    Menjawab soalan mengenai rombakan Kabinet jika tempat Tengku Zafrul sebagai Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri  perlu diganti, Ahmad Zahid berkata perbincangan perlu diadakan secara dalaman antara Kerajaan Perpaduan.

    “Hak mutlak pelantikan menteri ini adalah atas (budi bicara) Perdana Menteri (Anwar Ibrahim).

    "...elok kita adakan perbincangan secara dalaman supaya tidak timbul interpretasi yang pelbagai dalam perkara ini,” katanya.

     Terdahulu, dia berkata Umno mahu supaya kuota tujuh menteri penuh di dalam Kabinet Persekutuan dikembalikan kepada parti berkenaan susulan tindakan Tengku Zafrul itu.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah