33.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tiada keperluan untuk PN bincang soal calon PM selain Muhyiddin’

    Shopee Sale

    Selepas Gerakan, giliran Bersatu pula mengingatkan PAS bahawa tiada keperluan untuk PN membincangkan soal calon perdana menteri mereka selain pengerusi gabungan itu, Muhyiddin Yassin.

    Utusan Malaysia memetik Naib Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu sebagai berkata, masih terlalu awal untuk membincangkan strategi menghadapi PRU16.

    “Cuba kita lihat, Hamzah Zainuddin adalah ketua pembangkang di dalam Dewan Rakyat, tetapi Muhyiddin adalah ketua ahli Parlimen PN. Maksudnya apa? Jika kita nak menghadapi pilihan raya, pang­lima kita siapa?

    “Maka sebab itu, saya tidak nampak pemimpin lain yang perlu diangkat untuk menjadi calon perdana menteri kerana keputusan meletakkan Muhyiddin sebagai ketua ahli Parlimen PN itu adalah keputusan bersama dan bukan Bersatu semata-mata,” katanya.

    Faizal mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin bahawa parti itu lebih layak untuk menerajui gabungan tersebut.

    MENARIK:  349 kes penipuan umrah babitkan RM14.9 juta sehingga Mei 2024

    “Saya hormat dengan pendirian mursyidul am Pas ini, namun saya juga yakin Pas tidak akan buat keputusan secara bersendirian,” kata bekas menteri belia dan sukan itu.

    Kenyataan Hashim itu selepas Faizal dalam wawancara dengan Malaysiakini pada 19 November lalu berkata pihak dalam PN selain Muhyiddin yang bercita-cita menjadi perdana menteri patut memadamkan hasrat itu.

    Semalam, Presiden Gerakan Dominic Lau turut menegaskan Muhyiddin adalah calon perdana menteri bagi gabungan itu, atas dasar pengalaman dan mutu kepimpinan bekas perdana menteri tersebut.

    Ketika ini, PAS memiliki jumlah kerusi parlimen terbanyak dalam PN, diikuti Bersatu. Gerakan pula tidak memegang sebarang kerusi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah