Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata tidak timbul isu ahli politik perlu mengisytiharkan aset mereka terlebih dahulu daripada penjawat awam.
Dia berkata demikian mengulas kenyataan bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming, yang mempersoalkan cadangan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, untuk mewajibkan penjawat awam mengiytiharkan aset terlebih dahulu sebelum dilaksanakan kepada ahli politik.
"Ramai ahli parlimen sebenarnya dah declare. Saya sendiri dah declare sebelum ni. Jadi tidak menjadi isu.
“Perbincangan mungkin dalam konteks apa yang dibangkitkan oleh ahli parlimen Subang berkait penjawat awam, itu pandangan daripada ahli parlimen Subang.
"Dan ahli-ahli parlimen memang bebas untuk bersuara, untuk menyampaikan pandangan," katanya.
[Berita penuh menyusul]





