26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Teresa terima peluru dalam surat ugut bunuh

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menerima ugutan bunuh dalam bentuk surat termasuk dua butir peluru yang dihantar ke kediamannya.

    Kok melalui hantaran di media sosial berkata dia menemui surat dan peluru itu di dalam peti surat di kondominiumnya malam tadi.

    “Semalam bila saya pulang ke kediaman rumah saya dan mengambil surat di peti surat saya, saya dapati ada satu sampul surat yang mengandungi benda yang agak keras di dalamnya.

    "Bila saya buka sampul surat dan keluarkan kandungannya, saya mendapati dua butir peluru dan satu kertas putih saiz A4 bertulis:- “C*b**lu Cina?!!! Lu akan mati!!!TUNGGU!!!”

    Bercakap kepada Malaysiakini, ahli parlimen DAP itu berkata dia telah membuat laporan polis mengenai perkara itu kira-kira jam 9.48 malam tadi di balai polis Petaling.

    Katanya, surat dan peluru itu juga telah diserahkan kepada polis. Pasukan polis telah memeriksa peti surat di kondominiumnya untuk siasatan lanjut.

    Sekarang ahli politik jadi sasaran

    Ditanya jika dia tahu sebab di sebalik ancaman yang tidak menyenangkan itu, dia menjawab, "saya juga terkejut mendapat peluru."

    “Ia seolah-olah satu tren untuk menyasarkan polis, Yang di-Pertuan Agong dan sekarang, ahli politik.

    MENARIK:  ULASAN | Persoalan yang perlu dijawab kerajaan isu U Mobile

    “Saya tidak tahu mahu komen apa sekarang kerana saya sibuk dan tiada masa untuk risau tentang kes ini...

    "Saya akan lebih berhati-hati mulai sekarang... Tetapi saya perlu menjalankan tugas seperti biasa,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

    Pada hantaran Facebook berasingan, Kok berkata Ketua Polis Daerah Brickfields Ku Mashariman Ku Mahmood dan pegawai penyiasat telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengannya petang ini.

    “Saya berterima kasih atas keprihatinan KPD Brickfields dan pegawainya terhadap laporan saya.

    “Saya yakin polis dapat menjalankan siasatan dengan profesional,” tulisnya dalam catatan itu.

    Bercakap secara ringkas kepada Malaysiakini, Ku Mashariman berkata Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes ini tidak lama lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah