30.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tembakan di pusat hiburan: Polis tahan 4 lelaki

    Shopee Sale

    Polis menahan empat lelaki disyaki terbabit dalam kejadian pergaduhan dan merusuh sehingga melepaskan tembakan di sebuah pusat hiburan di Pudu di Kuala Lumpur awal pagi semalam.

    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 3.45 pagi itu yang didakwa melibatkan sekumpulan lelaki.

    Beliau berkata siasatan awal di lokasi kejadian menemukan tiga butir kelongsong peluru dan dua peluru hidup.

    “Akibat pergaduhan itu, empat lelaki warga tempatan berumur lingkungan 29 hingga 40 tahun cedera dipercayai disebabkan oleh senjata tajam dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Ampang.

    "Kesemua mereka telah dibenarkan keluar dari hospital dan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

    MENARIK:  Pemimpin PH bidas Nur Jazlan cuba 'semai perpecahan'

    Rusdi berkata permohonan reman untuk empat lelaki terbabit akan dibuat hari ini.

    Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah