28.1 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ketua Pemuda Amanah mohon maaf parkir di laluan pejalan kaki

    Shopee Sale

    Ketua Pemuda Amanah Hasbie Muda memohon maaf kerana meletakkan kenderaannya di laluan pejalan kaki, selepas perkara itu tular di media sosial.

    “Sebagai pemilik kenderaan tersebut, saya dengan penuh rasa kesal memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengambil tanggungjawab penuh,” katanya menerusi hantaran di platform X.

    MENARIK:  GISBH: Jawatankuasa fatwa P Pinang buat keputusan Rabu ini

    "Saya amat menyesali kesulitan yang timbul dan bersedia dikenakan kompaun atas kesalahan tersebut.

    “Saya berjanji kejadian ini tidak akan berulang lagi,” katanya.

    Hasbie yang juga senator menjawab hantaran pengguna X yang menunjukkan Proton X90 yang mengandungi lambang Parlimen Malaysia, diletakkan di laluan pejalan kaki di pusat bandar.

    Netizen itu bertanya mengapa seorang ahli parlimen yang bergaji lumayan, termasuk elaun parkir tidak meletak kenderaan di tempat parkir berbayar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah