31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah, rangkul kejuaraan Masters Indonesia

    Shopee Sale

    Detik bersejarah tercipta apabila beregu campuran nombor satu negara Chen Tang Jie–Toh Ee Wei merangkul kejuaraan Masters Indonesia selepas muncul juara edisi 2026  di Jakarta hari ini.

    Dalam aksi final kejohanan berstatus Super 500 yang berlangsung di Istora Senayan, pasangan nombor empat dunia itu menewaskan pasangan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje, dengan keputusan 15-21, 21-17, 21-11 dalam tempoh 57 minit.

    Bagaimanapun, kemenangan itu tidak mudah apabila pasangan juara dunia itu tewas 15-21 pada set pembukaan selepas gagal mengekalkan rentak awal perlawanan.

    Menghadapi tekanan pada kedudukan 10-12 dalam set kedua, pilihan ketiga kejohanan itu bangkit dengan cemerlang, mencatat enam mata berturut-turut untuk mendahului 16-12 sebelum mengekalkan momentum untuk menamatkan set 21-17, sekali gus memaksa set penentuan.

    Dengan keyakinan pulih sepenuhnya, Tang Jie–Ee Wei menguasai set penentuan, mengekang sebarang percubaan balas pihak lawan sehingga Boje tersalah pukul ke net, membolehkan pasangan Malaysia menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-11 dan meraih gelaran Jelajah Dunia kelima mereka.

    MENARIK:  Orang muda lebih berahi jadi pempengaruh berbanding jurutera

    Sementara itu, beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah merangkul gelaran pertama musim ini tanpa 'bermandi peluh’ selepas lawan mereka di final, gandingan Jepun, Arisa Igarashi-Miyu Takahashi menarik diri pada saat-saat akhir.

    Difahamkan kemenangan 'percuma’ diberikan atas faktor kecederaan.

    Sebagai rekod, Pearly-Thinaah menjadi beregu wanita pertama negara memenangi  Masters Indonesia dalam tempoh 15 tahun selepas kali terakhir dilakukan gandingan Vivian Hoo-Woon Khe Wei pada edisi 2011. 

    Selaku juara, Tang Jie-Ee Wei dan Pearly-Thinaah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai ASD39,500 (RM158,217) manakala naib juara menerima ASD19,000 (RM76,104).

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah