29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tanding atas tiket Bersatu, Gerakan pecat keahlian Tang Jay Son

    Shopee Sale

    Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) memecat keahlian Tang Jay Son berkuat kuasa serta-merta selepas beliau bertanding atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

    Setiausaha Agung Gerakan Wong Chia Zhen dalam kenyataan semalam berkata tindakan Tang itu merupakan pelanggaran disiplin parti yang serius kerana bertentangan dengan prinsip kesetiaan kepada parti.

    "Gerakan ingin menegaskan bahawa setiap ahli bertanggungjawab mematuhi perlembagaan parti, menghormati keputusan organisasi serta menjaga disiplin dan integriti parti pada setiap masa.

    MENARIK:  Sheikh Umar: Taklimat kewarganegaraan tidak langgar undang-undang

    "Mana-mana ahli yang bertindak bertentangan dengan kepentingan parti akan dikenakan tindakan disiplin yang sewajarnya," katanya.

    Tang disahkan sebagai calon Bersatu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rahang yang menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan penyandang Siau Meow Kong (Pakatan Harapan), Yap Siok Moy (Barisan Nasional) dan S Tinagaran (Parti Sosialis Malaysia).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah