25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tan-Thinaah tewas tipis di tangan beregu nombor 1 dunia

    Shopee Sale

    Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah terpaksa berpuas hati dengan membawa pulang pingat perak Kejohanan Dunia di Paris, Perancis.

    Tan-Thinaah gagal menambah kemenangan susulan kejayaan beregu campuran semalam, apabila tewas tipis kepada gandingan hebat China, Liu Shengshu dan Tan Ning dengan keputusan 14-21, 22-20, 17-21.

    Pasangan negara itu sempat bangkit di set kedua, namun walaupun cuba melakukan kebangkitan di set penentuan, gandingan ranking nombor satu dunia Liu dan Tan tidak mampu digugat.

    MENARIK:  Parti komponen tolak PAS pengerusi PN? Marzuki disanggah

    Walau apa pun keputusan tersebut, pencapaian kali ini yang terbaik buat Tan-Thinaah sepanjang empat penampilan mereka di Kejohanan Dunia.

    Pencapaian terbaik beregu wanita negara berkenaan sebelum ini hanyalah mara ke suku akhir pada edisi 2023.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah