29.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tahanan rumah Najib: Zafrul beritahu tentang titah adendum – MB Pahang

    Shopee Sale

    Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail memfailkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib Razak menjalani tahanan di rumah.

    Dalam afidavit berkenaan Wan Rosdy berkata dia juga telah diberitahu mengenai kewujudan titah adendum supaya bekas perdana menteri itu menghabiskan baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.

    Dalam afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lepas, naib presiden Umno itu berkata dia dimaklumkan mengenai titah diraja itu oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan, Tengku Zafrul Abdul Aziz pada 30 Jan.

    "Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah memberitahu bahawa ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Aging XVI telah pun keluarkan keputusan permohonan pengampunan (keputusan pertama) iaitu mengurangkan perintah penjara sebanyak 50 peratus dan hukuman denda pula kepada RM50 juta sahaja.

    "Kedua, dengan terbit keputusan pertama, ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI telah mengeluarkan satu lagi perintah (perintah adendum) yang memerintahkan supaya pemohon menjalani dengan serta merta hukuman penjaranya di dalam keadaan di rumah kediaman pemohon dan bukan di mana-mana penjara,” jelasnya.

    MENARIK:  AS tunjuk belang bela Israel, sekat empat hakim ICC

    Berdasarkan cap masa pada dokumen itu, Menteri Besar Pahang itu memfailkan afidavit berkenaan pada 21 Mei lalu.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah