30 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suspek penembak Trump terbunuh

    Shopee Sale

    GLOBAL | Suspek penembak yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah pentas, mencederakan bekas Presiden Donald Trump semasa perhimpunan kempennya di Butler, Pennsylvania, pada Sabtu telah ditembak mati.

    "Anggota Perkhidmatan Rahsia AS telah 'meneutralkan' penembak berkenaan yang kini telah meninggal dunia," kata Ketua Komunikasi Perkhidmatan Rahsia AS, Anthony Guglielmi di X.

    Beliau berkata seorang penonton terbunuh, manakala dua lagi cedera parah.

    Menurut beliau, penembak itu melepaskan tembakan ke arah pentas daripada kedudukan tinggi di luar lokasi perhimpunan.

    Kejadian itu sedang disiasat dan Perkhidmatan Rahsia telah memaklumkan secara rasmi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

    Guglielmi berkata Perkhidmatan Rahsia AS telah bertindak balas dengan cepat dengan langkah perlindungan dan bekas presiden berada dalam keadaan selamat dan sedang dinilai.

    MENARIK:  ULASAN l Bagaimana jika ia sebuah masjid 130 tahun?

    Agensi Anadolu melaporkan Trump kelihatan cedera dan dilihat berlumuran darah pada telinga kanannya ketika beliau dipindahkan dari pentas, menurut rakaman media sosial.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah