30.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Individu Berang Budaya ‘Merajakan’ Lelaki Dalam Keluarga – ‘Best Betul Hidup, Tahu Makan Saja’

    Shopee Sale

    Seorang individu tampil meluahkan rasa berang terhadap budaya ‘merajakan’ lelaki dalam keluarga yang didakwa masih berlaku dalam kalangan sesetengah masyarakat.

    Artikel Berkaitan: Anak Dara Kena Mengemas, Anak Teruna Lepas Tangan? Wanita Berang Wujud ‘Double Standard’ Dalam Keluarga

    Budaya merajakan lelaki

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu berkongsi pengalaman ketika berada di rumah neneknya apabila dipanggil usai selesai menunaikan solat.

    Difahamkan, individu berkenaan diminta membuang sampah meskipun ketika itu beberapa cucu lelaki lain sedang berada di ruang tamu namun tidak diminta melakukan tugasan tersebut.

    Budaya merajakan lelaki dalam keluarga dalam kalangan orang malaysia ini memang teruk.

    Teringat nenek aku panggil aku dalam bilik lepas tahiyat akhir sebab nak suruh aku buang sampah dekat luar rumah. Padahal cucu cucu lelaki dia semua ada saja tengah mengangkang main telefon.

    Tambahnya, kerja-kerja rumah seperti memasak dan menghidangkan makanan seolah-olah menjadi tanggungjawab utama cucu perempuan manakala cucu lelaki hanya menunggu waktu makan.

    Sudah lah kerja dapur memang dah jadi tugas utama cucu perempuan setiap kali balik.

    Sediakan barang, masak, cuci pinggan, hidang meja, kemas meja selepas makan.

    Cucu lelaki tak buat apa-apa, tahu makan saja. Best betul hidup jadi lelaki.

    Sumber: Threads @sharaf1n4

    MENARIK:  Ruhainies Dedah Ibu Garang, Rampas Telefon Kalau Mesej Dengan Lelaki – ‘Kalau Kawan Lelaki Nama Faiz, I Letak Nama Faizah’

    The post Individu Berang Budaya ‘Merajakan’ Lelaki Dalam Keluarga – ‘Best Betul Hidup, Tahu Makan Saja’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah