28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Hari Wartawan

    Shopee Sale

    Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 kepada seluruh pengamal media dan wartawan di negara.

    Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, baginda berdua menzahirkan penghargaan atas jasa serta pengorbanan wartawan yang komited menyampaikan maklumat tepat, sahih dan berintegriti kepada masyarakat.

    Menurut hantaran itu, baginda berdua turut menyanjung tinggi perananan media sebagai medium penting dalam memperkukuh perpaduan, menyemarakkan semangat patriotisme serta menjadi jambatan antara kerajaan dengan rakyat.

    MENARIK:  Azalina: Tanah bawah negeri tapi pembangunan diselia k'jaan pusat

    “Baginda berdua berharap seluruh pengamal media akan terus mengamalkan kewartawanan beretika, profesional dan bertanggungjawab selaras dengan perkembangan teknologi serta cabaran dunia komunikasi masa kini,” menurut hantaran itu.

    Pada masa sama, baginda berdua mendoakan agar semua wartawan dan pengamal media sentiasa dikurniakan kesejahteraan, keselamatan serta terus cemerlang dalam melaksanakan amanah kepada agama, bangsa dan negara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah