Pelakon, Mimi Lana terpanggil untuk memberi kenyataan selepas seorang pengguna media sosial melabel filem lakonannya berjudul Polong sebagai sebuah naskhah ‘sampah’.
Artikel Berkaitan: Mimi Lana Pertahan Mila Mohsin & Aisha Retno Pegang Watak PGL – ‘Memang Selayaknya Dapat’
Filem sampah

Menerusi satu komen balas di Threads, Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 31, berkata setiap penonton mempunyai citarasa berbeza dan tidak semua filem akan memenuhi kehendak semua pihak.
Tidak semua filem akan serasi dengan jiwa setiap orang dan itulah keindahan sebuah seni.
Tetapi melabelkan sesebuah filem sebagai ‘sampah’ rasanya agak keterlaluan sedangkan ramai penonton lain yang betul-betul menjerit, tertawa dan menikmati pengalaman tersebut bersama kami.
Dalam masa sama, Mimi turut berharap orang ramai dapat memberikan pandangan atau kritikan yang lebih membina berbanding sekadar melemparkan kecaman tanpa alasan yang jelas.
Mungkin lebih menarik adalah dengan mengulas apa yang kurang menjadi pada pandangan anda sebab setiap filem dihasilkan dengan jiwa, minat dan pengorbanan seluruh tenaga kerja di belakang tabir.
Apa pun terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menonton filem kami. Kami amat menghargai.
Filem Polong arahan Zulkarnain Azhar kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara dan tampil dengan genre seram yang mengangkat elemen mistik tempatan.
Selain Mimi, filem tersebut turut dibintangi June Lojong, Fad Anuar, Nadiya Nissa serta Nam Ron.
Sumber: Threads
The post Filem Polong Dilabel ‘Sampah’, Mimi Lana Bersuara – ‘Agak Keterlaluan, Penonton Lain Menjerit’ first appeared on OHBULAN!.





