28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tengku Hassanal: Perkukuh perpaduan, jauhi perkara dilarang di bulan Zulhijah

    Shopee Sale

    Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah meminta umat Islam memperbanyakkan doa, zikir dan amal kebajikan serta menjauhi perkara-perkara melalaikan sepanjang bulan Zulhijah yang penuh keberkatan.

    Menurut Tengku Hassanal, bulan Zulhijah merupakan waktu terbaik untuk umat Islam memperkukuhkan hubungan sesama insan, meningkatkan amal ibadah serta menghayati semangat pengorbanan demi agama, bangsa dan negara.

    “Sempena bulan yang mulia ini, terutama pada hari-hari tasyrik, kita seharusnya memperbanyakkan amal kebajikan dan meninggalkan segala bentuk hiburan melampau, pesta, acara yang melalaikan serta perkara-perkara yang boleh mencemarkan kemuliaannya.

    “Kita juga hendaklah mengukuhkan semangat pengorbanan, khususnya dalam meredakan sengketa dan perselisihan faham sesama umat Islam, terutama dalam kalangan orang Melayu sepertimana yang dizahirkan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi Perutusan Aidiladha baru-baru ini.

    MENARIK:  Warga Bangladesh di Malaysia rai peletakan jawatan Hasina

    “Dalam masa yang sama, perpaduan dan keharmonian antara kaum di negara ini juga perlu terus dipelihara kerana kekuatan sesebuah negara terletak pada sikap saling menghormati, memahami dan hidup bersatu padu antara semua bangsa serta lapisan masyarakat,” titah Tengku Hassanal ketika ditemui media Kesultanan Pahang di Bentong hari ini.

    Tengku Hassanal turut menegaskan bahawa kesatuan dan perpaduan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama hendaklah sentiasa dipelihara, diperkasakan dan dijunjung tinggi demi kestabilan, kemakmuran serta masa depan negara.

    “Sebagai waris Institusi Kesultanan Pahang, saya mendoakan agar seluruh rakyat Negeri Pahang sentiasa dikurniakan keselamatan, kesejahteraan dan keberkatan di dunia serta akhirat.

    “Layar terkembang di Mersing pagi,

    Tioman kelihatan di balik kabus,

    Bukan mudah persaudaraan dibagi,

    Satu akar, satu abus.

    “Ya Latiff,” kata Tengku Hassanal.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah