28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suhakam ulangi bantah pindaan hak kewarganegaraan

    Shopee Sale

    Suhakam mengulangi kebimbangan dan bantahannya terhadap cadangan kerajaan untuk melakukan pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung perkara membabitkan kewarganegaraan

    Suruhanjaya hak asasi manusia itu merujuk lima cadangan pindaan yang akan memberi kesan kepada kanak-kanak tidak sah taraf membabitkan lelaki warga Malaysia, anak tanpa kerakyatan yang diambil oleh ibu bapa Malaysia dan anak angkat.

    “Kebimbangan kami berkisar pada hakikat bahawa isu-isu penting mengenai peruntukan dan hak kewarganegaraan mesti termaktub dalam perlembagaan, dan tidak diserahkan kepada budi bicara menteri.

    "Halangan utama dalam peruntukan sedia ada ialah birokrasi dan sikap tidak responsif Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terhadap pemohon," kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini.

    "Sudah ada defisit keyakinan yang ketara dalam birokrasi pekerjaan dan teras cadangan pindaan, yang mengalihkan hak perlembagaan kepada budi bicara penjawat awam, adalah sangat tidak memuaskan," tambahnya.

    Langkah regresif

    Suhakam turut memberi maklum balas terhadap kenyataan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail bahawa kabinet telah pun bersetuju dengan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan.

    Menurut Saifuddin, Kementerian Dalam Negeri akan mengadakan perbincangan dengan media, individu, kumpulan masyarakat sivil dan ahli parlimen berhubung perkara itu, memandangkan pindaan berkenaan akan diluluskan dalam tahun ini.

    Mengulas lanjut, Suhakam berkata cadangan pindaan itu akan memburukkan lagi masalah kanak-kanak tanpa kerakyatan.

    "Pindaan yang dicadangkan kepada Seksyen 19B Bahagian III Jadual Kedua, yang menghendaki mana-mana orang mendaftarkan anak-anak dalam tempoh satu tahun, adalah regresif bagi kanak-kanak yang tidak bersalah kerana ia melucutkan kewarganegaraan mereka disebabkaan pengabaian ibu bapa atau pihak ketiga yang lain.

    MENARIK:  SPR perlu lebih telus lantik ahli, kata timbalan pengerusi

    "Suhakam terkejut walaupun terdapat bantahan keras, kabinet nampaknya bersetuju dengan semua pindaan yang dicadangkan," katanya lagi.

    Suhakam turut menegaskan cadangan itu akan memburukkan lagi cabaran keadilan yang perlu dihadapi antara generasi bagi individu tanpa kerakyatan dan mewujudkan isu generasi tanpa kerakyatan.

    Mereka tak endah kami'

    Sementara itu, bekas pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan dalam kenyataan berasingan membidas Putrajaya berhubung cadangan pindaan itu.

    “Saya betul-betul perlu mempertimbangkan semula untuk mengundi Pakatan Harapan jika pindaan yang memburukkan keadaan tanpa kerakyatan ini diteruskan.

    "Mereka menggunakan masyarakat apabila mahukan kuasa. Sekarang mereka mempunyai kuasa, mereka tidak mengendahkan kami apabila kami menyatakan kebimbangan. Ayuh DAP, bangkit," tulisnya pada hantaran di media sosial X.

    Awal minggu ini, Ahli Parlimen DAP Ramkarpal Singh memberitahu Dewan Rakyat bahawa pindaan yang dicadangkan, terutamanya mengenai anak-anak, adalah "tidak logik dan tidak munasabah".

    Menyebutnya sebagai "langkah ke belakang", ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata cadangan tersebut harus ditarik balik atau ditangguhkan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah