26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPRM siasat 14 syarikat salah guna lesen import, beku akaun bank RM218 juta

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan RM218 juta akaun bank milik individu dan syarikat, serta menggantung beberapa lesen import yang disalah guna dalam kegiatan import rokok, tembakau dan cerut secara tidak sah.

    Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata tindakan itu diambil menerusi Op Sikaro yang menyasarkan 14 syarikat disyaki menyalahgunakan lesen import sah.

    Beliau berkata siasatan mendapati syarikat terbabit beroperasi berselindung di sebalik lesen sah, namun menggunakan taktik pengisytiharan palsu termasuk menukar kod kastam dan butiran barangan bagi mengelak pembayaran cukai sebenar.

    “Selain pengisytiharan palsu, sindiket ini juga dipercayai terbabit dalam penyeludupan tembakau, cerut, rokok dan minuman keras yang disimpan di gudang persendirian sebelum diedarkan ke pasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mohamad Zamri berkata siasatan juga memberi fokus kepada perananan ejen penghantaran yang dipercayai beroperasi tanpa lesen dan terlibat dalam penyelewengan serta penipuan dokumen bagi membantu memudahkan aktiviti haram berkenaan.

    MENARIK:  Wanita cuba serang Sultan Nazrin didakwa lakukan kekerasan jenayah

    Beliau berkata kegiatan sindiket itu dipercayai menyebabkan kerugian lebih RM250 juta hasil cukai kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2024, hanya melibatkan tembakau dan cerut, serta jumlah kerugian keseluruhan dijangka lebih tinggi.

    “Kes seperti ini menjadi skop utama kerana ia menjejaskan hasil negara, iaitu wang yang sepatutnya digunakan untuk manfaat rakyat dan pembangunan negara. Justeru, SPRM tidak boleh berkompromi dalam isu rasuah, pengubahan wang haram atau penyeludupan,” katanya.

    Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah