31.3 C
Kuala Lumpur
Friday, July 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada Pui Yi di acara Malaysia Blockchain Week 2026

    Shopee Sale

    Persembahan DJ Siew Pui Yi atau lebih dikenali sebagai Miss Pui Yi di program after-party sempena Malaysia Blockchain Week 2026 di ING Live Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung hari ini, tidak diteruskan.

    Perkara itu dimaklumkan pihak pengurusan Pui Yi yang tampil memohon maaf kerana tidak dapat bertemu peminatnya di acara berkenaan.

    “Kami dimaklumkan oleh ING Live Kuala Lumpur bahawa persembahan DJ Miss Pui Yi yang dijadualkan pada 30 Julai tidak akan diteruskan.

    “Miss Pui Yi dengan tulus memohon maaf kerana tidak dapat bertemu dan membuat persembahan untuk para peminat yang telah merancang untuk hadir.

    “Dia amat menghargai semua pihak yang terus memberikan sokongan terhadap perjalanan kerjayanya sebagai seorang DJ dan penghibur,” kata pihak pengurusan tersebut hari ini.

    Mereka juga berharap semua penyokong Miss Pui Yi agar tidak terlibat dalam sebarang perbalahan, serangan peribadi atau penyebaran unsur negatif terhadap mana-mana individu atau pihak di platform dalam talian.

    “Dia berharap semua pihak akan memberikan reaksi dengan penuh kebaikan, hormat dan ketenangan,” tambahnya.

    Terdahulu Malaysiakini melaporkan Kementerian Digital dan Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) menegaskan mereka tidak terlibat dalam peranancangan, kelulusan atau promosi acara after-party sempena Malaysia Blockchain Week 2026, termasuk pengundian tetamunya.

    MENARIK:  Indonesia komited perkukuh kerjasama pertahanan dengan Malaysia

    MDEC juga menarik balik sokongan mereka terhadap Malaysia Blockchain Week 2026 dan mengarahkan penganjur menanggalkan semua bahan yang membawa nama, logo atau imej mereka, Kementerian Digital, dan menteri.

    Langkah itu dibuat selepas tularnya promosi program after-party itu di media sosial dan dikecam netizen kerana melibatkan seorang bekas pencipta kandungan dewasa itu.

    Pui Yi, 28, pernah aktif menghasilkan kandungan di platform langganan dewasa (OnlyFans) sebelum mengumumkan penarikan diri dan pemadaman kandungan tersebut untuk beralih arah kerjaya lain.

    Dia kemudiannya berkecimpung dalam bidang lakonan serta aktif sebagai DJ muzik elektronik di peringkat antarabangsa selain menjalankan perniagaan sendiri menerusi jenama produk kecantikan dan penjagaan kulit.

    Penganjur memaparkan iklan promosi program after-party Malaysia Blockchain Week 2026 yang mengumumkan penampilan Pui Yi dalam acara parti bersama ratusan pengasas, pembangun, pencipta dan usahawan daripada seluruh industri.

    Jawatankuasa penganjur kemudian mengakui bahan promosi after-party itu telah menimbulkan kebimbangan dan mengalih perhatian daripada tujuan utama program.

    Susulan itu berkata pada asalnya Miss Pui Yi dilantik oleh ING Live KL untuk mengadakan persembahan DJ secara profesional.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah