29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sokongan Guan Eng terhakis? Chow rebut jawatan pusat DAP

    Shopee Sale

    Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, mengesahkan dia akan bertanding pengundian jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP akan datang.

    Bagaimanapun, Chow dipetik The Star berkata masih terlalu awal untuk menentukan jika dia akan menerima jawatan pengerusi DAP sekiranya dipilih ke dalam CEC dan ditawarkan jawatan tersebut.

    Sebelum ini, Chow tidak bertanding dalam pengundian DAP Pulau Pinang di tengah-tengah spekulasi dia tidak mendapat sokongan mencukupi untuk dipilih ke dalam jawatankuasa negeri.

    Keputusan Chow untuk kembali bertanding bagi kepimpinan pusat parti dibuat ketika timbul spekulasi saingannya Pengerusi DAP Lim Guan Eng, juga berdepan dengan pengurangan sokongan.

    Pada hari Rabu, veteran DAP Pulau Pinang Phee Boon Poh menggesa pembaharuan kepimpinan dalam parti.

    MENARIK:  PKR Sabah dakwa Ramanan remehkan sumbangan Rafizi

    Phee berkata walaupun pengorbanan keluarga Lim diiktiraf, ramai lagi ahli veteran lain turut menyumbang sepenuhnya kepada perjuangan parti.

    Dia bersama beberapa lagi veteran parti, termasuk Tan Kok Wai, Fong Kui Lun dan M Kulasegaran, telah membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam pengundian CEC tahun ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah