26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sindiket penyeludupan warga Indonesia tumpas, 15 ditahan

    Shopee Sale

    Lima belas warga Indonesia disyaki aktif dalam sindiket penyeludupan rakan senegara ke Malaysia sejak dua bulan lepas, berjaya ditahan dalam Op Pintas Som di sekitar Sungai Buloh, Selangor, tengah malam tadi.

    Kesemua suspek yang dipercayai berperananan sebagai ejen dan transporter dalam kegiatan itu terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita berusia 22 hingga 53 tahun.

    Ketua Penolong Pengarah Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Soffian Santong berkata operasi kira-kira 12.30 tengah malam tadi, memberi fokus kepada kegiatan penyeludupan menggunakan laluan laut tidak diwartakan di kawasan Melaka untuk keluar dan masuk ke Malaysia.

    “Serbuan pertama ke atas dua unit rumah inap (homestay) di kawasan Sungai Buloh yang dijadikan tempat menginap bagi ejen dan transporter manakala serbuan kedua di sebuah hotel bajet di Saujana Utama, Sungai Buloh yang dijadikan sebagai rumah transit.

    MENARIK:  MB: Nelayan Port Dickson terkesan projek hotel terima pampasan

    “Ejen bertindak sebagai pengatur dan penyedia kemudahan tempat tinggal dan makanan kepada migran yang ditempatkan di hotel tersebut sebelum keluar atau masuk ke Malaysia melalui jalan tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan dibantu seorang pembantu ejen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Soffian berkata siasatan awal mendapati sindiket itu aktif menjalankan kegiatan penyeludupan migran sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka, dengan setiap migran dikenakan bayaran antara RM1,800 dan RM2,000 bagi setiap perjalanan.

    Beliau berkata kesemua yang ditahan dan hasil rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 6 (1) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah