Yang di-Pertuan Agong memperkenan pelantikan bekas ketua setiausaha kementerian luar negeri, Shahrul Ikram Yaakob, sebagai duta baru Malaysia ke Amerika Syarikat.
Shahrul menerima watikah pelantikannya hari ini.
Dia menggantikan Nazri Abdul Aziz, yang kontraknya sebagai duta tamat pada Februari lalu.
Sebelum ini, terdapat spekulasi bahawa Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz, mungkin akan mendapat jawatan itu.
Ini memandangkan tempohnya dalam kabinet akan berakhir pada Disember setelah dia menamatkan penggal kedua, sekali gus terakhir sebagai senator.





