27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sertai parti lain? Saya sampaikan pada Zahid dulu, kata Zafrul

    Shopee Sale

    Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu.

    Beliau berkata pengumuman rasmi mengenai perkara itu akan dibuat hanya selepas beliau berbincang dengan Ahmad Zahid.

    "Saya kena sampaikan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid terlebih dahulu," katanya selepas menghadiri program amal Golf KITA 2025 di Shah Alam, semalam yang dirasmikan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

    Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

    Baru-baru ini timbul spekulasi Tengku Zafrul akan meninggalkan UMNO selepas dikatakan tiada lagi masa depan politiknya dalam parti tersebut, dan media juga sebelum ini melaporkan yang beliau pernah dipelawa menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) beberapa bulan lepas.

    MENARIK:  Penganalisis kewangan diperdaya rugi hampir RM150,000

    Sementara itu Tengku Zafrul berkata beliau sedia maklum dengan laporan media mengenai cadangan pihak tertentu supaya beliau dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat selepas penggalnya sebagai senator berakhir Disember depan.

    "Bagi saya apa-apa pun jawatan yang diberi sekarang atau pada masa hadapan, itu terpulang kepada Perdana Menteri," katanya dan menambah fokus beliau kini adalah meneruskan tugas penting di kementerian, termasuk memainkan perananan dalam menjayakan komitmen Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah