31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Semikonduktor, farmaseutikal dikecuali tarif AS setakat ini’

    Shopee Sale

    Eksport semikonduktor dan farmaseutikal Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) dikecualikan daripada tarif 19 peratus dikenakan oleh Washington setakat ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

    Sambil menyifatkan keputusan rundingan tarif itu sebagai saling menguntungkan untuk Malaysia dan AS, beliau berkata Washington bagaimanapun masih mengkaji undang-undang perdagangannya bagi meneliti sama ada tarif sifar peratus bagi sektor-sektor ini adalah adil.

    Beliau berkata garis masa bagi semakan itu ditetapkan pada Disember 2025.

    “Andaiannya (menerima semakan itu) menjelang Disember, namun mungkin juga lebih awal lagi,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

    MENARIK:  'Gila' - Farhash nafi ada kaitan dengan serangan terhadap anak Rafizi

    AS telah mengumumkan kadar tarif sebanyak 19 peratus ke atas eksport Malaysia ke negara itu.

    “Kita melihat keputusan ini sebagai situasi yang saling menguntungkan untuk Malaysia dan AS.

    "Ini juga mencerminkan hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara,” katanya.

    Tengku Zafrul berkata susulan rundingan itu juga, Malaysia mengenakan tarif sifar peratus ke atas 6,911 produk yang diimport dari AS.

    Daripada jumlah itu, sebanyak 191 garis tarif (produk) baharu mewakili sektor pertanian manakala 1,347 daripada sektor perindustrian.

    Jumlah itu adalah kira-kira 61 peratus daripada 11,260 garis tarif yang diminta oleh AS, kata beliau.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah