27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Selepas 10 tahun, jemaah Iran kembali dapat tunai umrah

    Shopee Sale

    Kafilah pertama jemaah umrah Iran memulakan perjalanan mereka ke Tanah Suci Makkah pada Isnin selepas terhenti selama 10 tahun.

    Majlis pelepasan rasmi jemaah umrah itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di ibu negara Iran pada Isnin dan dihadiri wakil pemimpin dalam hal ehwal haji dan ziarah Abdolfattah Navvab, Ketua Organisasi Haji dan Ziarah Abbas Hosseini dan Duta Arab Saudi ke Iran Abdullah bin Saud al-Anzi, lapor Agensi Berita Republik Islam Iran (Irna).

    Iran akan menghantar jemaah umrah ke Arab Saudi dari 11 lapangan terbang di seluruh negara itu mulai Isnin, kata Mohammad-Hossein Ajilian yang bertanggungjawab ke atas operasi haji dalam syarikat pengurusan lapangan terbang Iran pada Sabtu.

    Lapangan Terbang Antarabangsa Mashhad juga akan mengendalikan penerbangan seumpama itu pada Isnin dan lapangan terbang di bandar utama termasuk Zahedan, Ahvaz, Tabriz, Yazd, Kerman, Bandar Abbas, Sari, Isfahan, dan Shiraz, masing-masing akan menyewa khas satu penerbangan pada hari-hari berikutnya.

    MENARIK:  Op Selamat: Kemalangan maut turun 66 kes - IGP

    Lapangan terbang Marshad akan mengendalikan penerbangan akhir ke Arab Saudi pada 2 Mei.

    Ajilian berkata sejumlah 5,720 jemaah dijangka berlepas ke Arab Saudi tahun ini.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah