29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Krronologi kebakaran saluran paip gas Petronas di Putra Height

    Shopee Sale

    Kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, Selangor pagi tadi menggemparkan penduduk sekitar dengan ada menyifatkannya bagaikan satu bencana gempa bumi yang dahsyat.

    Impak kebakaran dengan api yang marak menjulang ke udara sehingga dapat dilihat sejauh beberapa kilometer dari lokasi kejadian.

    Setakat ini usaha menyelamat dan memadam kebakaran sedang giat dijalankan.

    Berikut adalah kronologi kebakaran yang berlaku:

    8.23 pagi

    Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan berlaku kejadian kebakaran saluran paip gas di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor.

    Panggilan kecemasan diterima pada 8.23 pagi.

    Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Puchong, Shah Alam, Bukit Jelutong, Cyberjaya, Rawang, Klang Selatan, Klang Utara dan Damansara dikerahkan ke lokasi kejadian.

    9.30 pagi

    Operasi padam kebakaran terus dilakukan, api masih menjulang tinggi, video kemusnahan di kawasan sekitar, kebakaran rumah mula membanjiri laman sosial.

    Penduduk di perumahan berhampiran lokasi kebakaran dipindahkan.

    10.35 pagi

    25 mangsa terima rawatan awal daripada petugas Kementerian Kesihatan, lima daripadanya dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

    Antara kecederaan dilaporkan adalah luka, melecur dan kesukaran bernafas.

    10.57 pagi

    Mangsa lain yang diselamatkan ditempatkan di kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya, berhampiran lokasi kejadian.

    11 pagi

    Beberapa lagi mangsa menerima rawatan awal serta dihantar ke Hospital Serdang, Putrajaya dan Cyberjaya untuk rawatan lanjut.

    11.06 pagi

    Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Masjid Putra Heights.

    11.14 pagi

    Tenaga Nasional Berhad (TNB) maklumkan bekalan elektrik di kawasan sekitar Subang dan Putra Heights terjejas.

    11.15 pagi

    TNB gerakkan pasukan teknikal ke lokasi kejadian bagi menilai situasi semasa.

    11.20 pagi

    Laporan awal bomba sahkan kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas sepanjang kira-kira 500 meter.

    MENARIK:  Kedah, Perak FC tersingkir dari Liga Super, gagal dapat lesen

    11.25 pagi

    Petronas Gas Bhd sahkan kebakaran berlaku di saluran paip utamanya berhampiran Putra Heights, Puchong, Selangor pada 8.10 pagi.

    Petronas Dagangan Bhd (PDB) mengesahkan kejadian kebakaran tidak berlaku di mana-mana stesen minyak Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

    11.30 pagi

    Gangguan bekalan elektrik di sekitar kawasan Subang Jaya pulih sepenuhnya.

    11.54 pagi

    Jabatan Alam Sekitar lakukan pemantauan kualiti udara di kawasan sekitar kejadian.

    12.19 tengah hari

    Masjid Al-Falah USJ 9 di Subang Jaya dibuka kepada mangsa terjejas untuk berlindung.

    1 petang

    78 anggota bomba dengan 22 aset, termasuk 10 jentera Fire Rescue Tender (FRT), empat unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS), lima unit Water Tanker dan masing-masing satu unit Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat), unit BA Tanker dan unit ALP berada di lokasi kejadian

    82 mangsa diselamatkan dengan 12 orang dilaporkan cedera setakat ini.

    1.05 petang

    Laluan antara Seafield dan Bandar Saujana Putra di Lebuh raya Elite ditutup kepada semua kenderaan.

    Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sahkan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Subang berjalan seperti biasa.

    1.25 petang

    63 mangsa yang cedera akibat melecur dibawa ke Hospital Cyberjaya, Putrajaya dan Serdang.

    Empat injap utama di Dengkil, Puchong, Batu Tiga dan Meru dilaporkan ditutup bermula 11.48 pagi bagi melepaskan saki baki gas asli.

    Proses melepaskan gas berkenaan akan mengambil masa kira-kira empat jam.

    1.30 petang

    Bomba sahkan 112 mangsa dan 49 rumah terjejas setakat ini.

    1.40 petang

    Kerja-kerja memadam kebakaran masih giat dijalankan, kenderaan polis, jentera bomba dan ambulans dilihat keluar masuk daripada kawasan kejadian.

    1.55 petang - Kebakaran semakin reda . Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata radius kebakaran juga berkurangan.

    Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih memantau di lokasi kejadian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah