26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Selaraskan tarif air pada kadar lebih munasabah, kata bekas KM

    Shopee Sale

    Bekas ketua menteri (KM) Pulau Pinang Lim Guan Eng mencadangkan supaya surcaj pemuliharaan air dikenakan sebagai cara mengelakkan pembaziran air.

    Ia susulan kenaikan tarif air baru-baru ini oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), yang dilaporkan sebahagiannya bertujuan untuk mengurangkan penggunaan berlebihan.

    Lim Guan Eng

    “PBAPP mahu mengelakkan pembaziran air dengan kenaikan tarif baharu selain memperoleh hasil tambahan hampir RM100 juta.

    “Satu alternatif yang mungkin boleh dilaksanakan, tanpa kehilangan hasil tambahan kepada PBAPP, adalah dengan menyelaraskan semula tarif air kepada tarif yang lebih munasabah dan mengenakan semula surcaj pemuliharaan air untuk menghukum pembaziran air yang berlaku.

    “Melalui pelaksanaan cadangan ini, pembaziran air masih dapat dikurangkan dan PBAPP juga tetap dapat menambah pendapatan mereka,” kata Lim dalam satu catatan Facebook hari ini.

    Kadar air baharu di Pulau Pinang ialah 62 sen bagi 20 meter padu pertama (naik 182 peratus daripada 22 sen), RM1.17 untuk jalur kedua melebihi 20 meter padu kepada 35 meter padu (naik 154 peratus daripada 46 sen) dan RM2. 07 untuk jalur ketiga lebih daripada 35 meter padu.

    MENARIK:  SRC bawah Najib jadi mangsa penipuan skala besar, kata peguam

    Lim berkata, aduan kenaikan tertinggi yang diterimanya setakat ini ialah daripada RM10.64 kepada RM54.

    Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K Pathmanathan dalam satu kenyataan pada Sabtu, berkata syarikat konsesi air itu memerlukan dana tambahan untuk melaksanakan projek yang bertujuan memastikan bekalan air masa depan untuk Pulau Pinang terjamin.

    "Sebarang kelewatan atau rebat kadar air akan mengurangkan pembiayaan PBAPP.

    "Oleh itu, kelewatan atau rebat kadar air seperti itu akan melambatkan atau menjejaskan pelaksanaan penyelesaian kejuruteraan bekalan air PBAPP untuk manfaat Pulau Pinang," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah