32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amanat akhir Ayob Khan: Pertahan integriti, maruah PDRM

    Shopee Sale

    Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menitipkan amanat terakhir selaku Timbalan Ketua Polis Negara dengan menyeru seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar sentiasa mempertahankan integriti dan maruah pasukan Sang Saka Biru.

    Beliau mengingatkan setiap pegawai dan anggota PDRM supaya tidak sesekali merosakkan nama baik institusi yang telah dibina atas pengorbanan darah, keringat dan nyawa rakan-rakan seperjuangan yang telah terkorban.

    "Jangan rosakkan pasukan ini hanya kerana kepentingan diri, jangan menjual maruah kerana wang ringgit, jangan gunakan kuasa untuk menindas mereka yang lemah dan jangan sesekali lupa bahawa di sebalik setiap lencana polis yang kita miliki, terdapat rakyat yang mengharapkan keadilan," katanya.

    Ayob Khan berkata demikian ketika berucap pada majlis serah terima tugas antara beliau dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Ibrahim Darus, yang dilantik sebagai Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara bermula hari ini, di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur.

    Majlis berkenaan disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

    Ayob Khan yang bersara wajib secara rasmi esok selepas berkhidmat hampir 35 tahun dalam PDRM turut menyeru warga pasukan itu agar sentiasa memegang teguh nilai integriti, bukan sahaja ketika diperhatikan, tetapi juga ketika tiada mata yang memandang.

    MENARIK:  Kes Zara Qairina: Polis tahan lelaki sebar video unsur fitnah

    “Bukan tentang siapa diri kita ketika dipuji tetapi siapa diri kita ketika tiada siapa yang melihat. Ingatlah, manusia mungkin tidak melihat, ketua mungkin tidak mengetahui, namun Allah sentiasa melihat," katanya.

    Anak kelahiran Kota Setar, Kedah itu menyifatkan perkhidmatannya dalam PDRM lebih daripada sekadar kerjaya, malah pasukan itu telah menyemai erti keberanian, kesetiaan dan pengorbanan dalam dirinya.

    “Saya tahu bagaimana rasanya meninggalkan keluarga demi panggilan tugas, bekerja dalam tekanan, dan saya tahu bagaimana rasanya bertugas dengan ikhlas tidak dihargai.

    “Namun jangan pernah berhenti melakukan perkara yang betul kerana Allah SWT tidak pernah mensia-siakan amal yang dilakukan dengan ikhlas,” katanya.

    Sepanjang kerjayanya, Ayob Khan pernah memegang pelbagai jawatan penting antaranya dalam Cawangan Khas termasuk Bahagian Counter-Terrorism, Ketua Polis Johor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Jun 2023.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah