28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saya akan beri kerjasama pada polis – suspek kes tembak KLIA

    Shopee Sale

    Suspek kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyatakan komitmennya untuk memberi kerjasama kepada pihak polis.

    "Saya akan beri kerjasama kepada pihak polis,” katanya ketika ditemui media di perkarangan Mahkamah Kota Bharu, Kelantan hari ini.

    Lelaki berusia 38 tahun itu kelihatan tenang dan turut memberi salam kepada pengamal media.

    Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap tiba di Mahkamah Kota Bharu pada jam 8.30 pagi dengan diiringi empat pegawai termasuk anggota polis.

    Dia direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin ini untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

    Semalam suspek yang dikenali sebagai Hafizul Hawari, ditahan di Jalan Bayam, Kota Bharu, jam 3 petang semalam selepas 36 jam melarikan diri.

    MENARIK:  Gaduh rebut parkir, dua wanita ditahan

    Terdahulu dia disyaki melepaskan dua das tembakan di dipercayai disasarkan untuk isterinya yang juga seorang pengendali umrah.

    Bagaimanapun tembakan tersebut terkena salah seorang daripada dua pengawal peribadi wanita terbabit.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah