27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Satu lagi insiden serangan bom di kedai KK Mart

    Shopee Sale

    Satu lagi kejadian serangan bom membabitkan cawangan KK Super Mart dilaporkan berlaku awal pagi ini.

    Menurut polis, kejadian berlaku sekitar jam 5 pagi di Cawangan KK Super Mart di Sungai Isap, Kuantan, Pahang.

    Ketua Polis Daerah Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata pelaku yang tidak dikenali melemparkan bom petrol di hadapan kedai berkenaan.

    Serangan itu menyebabkan bahagian hadapan kedai itu terbakar, termasuk beberapa barangan yang diletakkan di situ.

    MENARIK:  Jangan terheret sensasi media sosial, perbesar hal kecil - PM

    Bagaimanapun, pekerja yang menyedari serangan berkenaan setelah mendengar bunyi letupan segera memadamkan kebakaran menggunakan pemadam api.

    Menurut Wan Mohd Zahari, polis sedang menyiasat di sekitar kawasan untuk mendapatkan bukti dan memeriksa rakaman CCTV dari kedai-kedai berdekatan.

    Siasatan awal mendapati pelaku mungkin melemparkan bom dari jauh untuk mengelakkan diri dirakam oleh kamera keselamatan di kedai serbaneka berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah