29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 20, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saravanan: Tangkap Zamri Vinoth bawah Sosma

    Shopee Sale

    Timbalan Presiden MIC, M Saravanan menggesa pihak berkuasa mengambil langkah untuk menangkap penceramah Zamri Vinoth di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).

    Saravanan juga menyeru semua penganut Hindu di Malaysia untuk bersatu dan membuat laporan polis terhadap Zamri kerana membandingkan penganut Hindu yang menyebut "vel vel" semasa Thaipusam dengan individu yang 'dirasuk atau mabuk'.

    "Saya menggesa semua parti politik, pengurusan kuil, badan keagamaan, NGO dan individu untuk membuat laporan polis terhadap Zamri Vinoth yang 'tidak berakal' ini.

    "Saya telah membawa perkara ini kepada perhatian perdana menteri dan menteri dalam negeri.

    "Menteri dalam negeri (Saifuddin Nasution Ismail) memberitahu saya hari ini beliau telah mengarahkan polis untuk melakukan siasatan," kata ahli parlimen Tapah itu.

    Saravanan menegaskan kegagalan untuk menangkap dan menahan Zamri di bawah Sosma boleh mengakibatkan kerajaan kehilangan sokongan masyarakat Hindu Malaysia.

    "Zamri terus-menerus menghina. Kerajaan mesti mengambil tindakan tegas.

    "Tangkap dia di bawah Sosma. Ambil tindakan terhadap pentaksub agama," katanya menjelaskan tindakan seorang individu tidak sepatutnya mewakili seluruh agama.

    Pada masa sama, Saravanan juga memberi penghargaan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Menteri Perpaduan Aaron Ago Dagang dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh atas kenyataan mereka yang berkaitan.

    MENARIK:  Op Selamat: Polis S'gor tumpu 30 lokasi kerap kemalangan

    Ramkarpal, bekas timbalan menteri undang-undang semalam berkata komen Zamri melanggar Seksyen 504 dan 505 Kanun Keseksaan.

    Seksyen 505 Kanun Keseksaan merujuk kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam manakala Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana berkelakuan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

    Dia berkata tindakan juga boleh diambil terhadap penceramah itu di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

    Zamri melalui siaran Facebook juga memuat naik gambar dengan petikan yang menyatakan menyebut "vel vel" tidak menyebabkan kehilangan nyawa seperti apa yang berlaku kepada anggota bomba Adib Kassim, yang meninggal dunia semasa rusuhan di luar kuil Hindu di Subang Jaya, Selangor, pada tahun 2018.

    Zamri mengulas kejadian yang melibatkan tiga pengacara radio Era FM disiasat berkenaan dengan video TikTok yang menunjukkan salah seorang daripada mereka menari manakala yang lain menyebut "vel vel".

    DJ tersebut, yang telah meminta maaf, juga digantung sementara menunggu siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah