29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saman: Tok Nan gagal ketepi penalti SC RM84,000

    Shopee Sale

    Bekas Menteri Besar Pahang Tan Sri Adnan Yaakob gagal mengetepikan penghakiman terus yang memerintahkan beliau membayar penalti RM84,000 kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) kerana melanggar peruntukan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

    Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Azimah Omar memutuskan bahawa Adnan sepatutnya memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar penalti tersebut dan atas alasan itu sahaja, rayuannya boleh ditolak.

    Selain itu, beliau berkata Adnan gagal membangkitkan isu yang boleh dibicarakan susulan pengakuannya yang jelas dalam surat kepada SC.

    Panel itu, yang juga terdiri daripada Datuk Wong Kian Kheong dan Datuk Ismail Brahim, mengarahkan Adnan membayar RM10,000 sebagai kos perundangan.

    Adnan, yang juga Menteri Besar Pahang dari 1999 hingga 2018, adalah Ahli Lembaga Pengarah Pasdec Holdings Bhd (PASDEC) dan pemegang saham terbesar syarikat itu ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang.

    Pada 16 Mei 2018, PASDEC telah mengeluarkan prospektus ringkas yang tidak mengandungi maklumat penting dan gagal mendedahkan permohonan PKNP untuk kelulusan melanggan haknya pada harga terbitan RM0.35 bagi setiap saham.

    Sebagai Ahli Lembaga Pengarah PASDEC, Adnan, 75, telah secara individu dan kolektif telah menerima tanggungjawab bagi kegagalan itu.

    Pada 22 Julai 2020, SC telah mengeluarkan notis kepada Adnan yang menyatakan bahawa beliau telah melanggar peruntukan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan dikenakan tindakan termasuk amaran dan penalti sebanyak RM84,000.

    MENARIK:  Peniaga dakwa terlalu sibuk, tak sempat daftar Budi Madani - Fuziah

    Bagaimanapun, tiada bayaran dibuat menyebabkan SC memulakan tindakan saman sivil di Mahkamah Majistret di Kuantan.

    Pada 25 Ogos 2022, Mahkamah Majistret membenarkan permohonan SC untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Adnan dan rayuannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 16 Feb 2023.

    Terdahulu, Adnan yang mewakili diri sendiri berhujah beliau tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan atas pelanggaran itu kerana perananannya sebagai Pengerusi PASDEC adalah lantikan kerajaan negeri.

    Peguam Lambert Rasa-Ratnam, yang mewakili SC dan dibantu oleh Chia Oh Seng dan Lim Jun Xian, pula berhujah Adnan sepatutnya memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar penalti itu namun memilih untuk tidak berbuat demikian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah