27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sajak Hassan untuk Fahmi: 'Selamanya diktator lupa'

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menulis sebuah puisi sebagai respons kepada penangkapan aktivis Fahmi Reza.

    Dalam puisinya bertajuk "Sajak untuk Fahmi Reza" semalam, Hassan menulis tentang bagaimana mereka yang dahulunya pernah turun ke jalan raya menyertai demontrasi bagi membina negara bebas kini menggunakan undang-undang zalim apabila berada di tampuk kuasa.

    Dia mengakhiri puisi tersebut dengan rangkap berikut:

    Tetapi selamanya

    Geng otoriter, diktator dan oligarki lupa

    Anak-anak muda adalah pelopor revolusi di mana jua.

    Hassan sebelum ini diihat lantang mengkritik beberapa keputusan yang diambil kerajaan, meskipun dia merupakan ahli parlimen PKR - sebuah parti dalam kerajaan perpaduan.

    Pun begitu, Hassan tidak teragak-agak untuk menyatakan sokongan terhadap keputusan kerajaan yang dianggapnya betul.

    Pada 21 November lalu, Hassan dipanggil lembaga disiplin PKR berhubung kenyataannya berkenaan keputusan kerajaan melantik U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua.

    MENARIK:  Remaja 13 tahun mengaku salah bakar anak kucing

    Bagaimanapun pada 30 Nov lalu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan tiada tindakan akan diambil ke atas ahli parlimen itu.

    Berikut adalah puisi penuh ditulis Hassan:

    Anak muda yang berkarya

    Malam ambang tahun baru ini

    Kamu dikurung di lokap jenayah

    Letih abang-abangmu dulu

    Setiap unjuk rasa

    Beribu turun ke jalan raya

    Untuk bina negara bebas bersuara

    Kini kamu menyaksikan sendiri

    Yang dulu mengepalai demo

    Sedang bertakhta di Perdana Putera

    Lalu dekri diumum Corong Bernama

    Hasutan bernama satu Akta

    Dilepaskan seperti anjing liar

    Awas anak-anak muda yang berkarya

    Karyamu adalah subversif

    Kepada sang koruptor

    Gerombolan penguasa kini ketakutan

    Anak muda merdeka fikiran

    Jadi suatu ancaman

    Tetapi selamanya

    Geng otoriter, diktator dan oligarki lupa

    Anak-anak muda adalah pelopor revolusi di mana jua.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah