29 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rafizi jadikan Pandan titik mula gerakan ‘sukarelawan Bersama’

    Shopee Sale

    Program turun padang pertama Parti Bersama di Pandan hari ini akan menjadi contoh (template) bagi aktiviti yang digerakkan oleh sukarelawan di seluruh negara, kata bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli.

    Diadakan di Pasar Pagi Taman Muda, program itu menandakan penglibatan awam pertama parti sejak penubuhannya tiga minggu lalu, dan dijangka akan diperluaskan ke seluruh negara dalam beberapa minggu mendatang.

    “Ini bertujuan untuk menunjukkan contoh bagaimana kami akan menggerakkan sukarelawan di seluruh negara selepas ini.

    “Kami harap dalam satu atau dua minggu lagi, kita mula melihat banyak program seperti ini tumbuh di seluruh negara,” katanya kepada wartawan selepas acara itu.

    Rafizi mengakui dia berasa cemas pada awalnya untuk kembali ke Pandan selepas mengosongkan kerusi parlimen tersebut, sambil mengakui tidak pasti dengan reaksi pengundi.

    Namun, katanya, sambutan daripada penduduk setempat melebihi jangkaan.

    “Saya agak berdebar, sebab pengundi Pandan sudah biasa datang ke kaunter bergerak saya. Tetapi selama ini, saya adalah seorang ahli parlimen.

    “Jadi saya tidak pasti kalau saya datang sebagai rakyat biasa, adakah mereka akan baling batu kepada saya atau masih tegur saya seperti biasa.

    “Tetapi sejujurnya saya sangat gembira. Saya harap anda juga boleh lihat yang kehangatan itu masih ada,” katanya.

    Bekas Timbalan Presiden PKR itu turut mendedahkan keahlian Bersama dijangka melepasi jumlah 24,000 hari ini walaupun kadar pendaftaran semakin sederhana selepas lonjakan awal semasa parti tersebut baru dilancarkan.

    “Saya semak pagi ini, sekitar 23,900 lebih. Hari ini akan melepasi 24,000. Kadar setakat ini antara kira-kira 400 hingga 500 permohonan sehari,” tambahnya.

    Selain itu, Rafizi mengesahkan Bersama juga akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) di Negeri Sembilan tidak lama lagi. Sebelum ini Bersama sudah memberitahu mereka akan terlibat dalam PRN Johor.

    Menurut Rafizi pimpinan Bersama akan bertemu aktivis parti itu di Negeri Sembilan minggu depan untuk menilai kerusi yang berpotensi untuk ditandingi – sama seperti yang dilakukan di Johor.

    “Untuk Johor, kami telah melalui proses duduk berbincang dengan aktivis utama Bersama di sana. Pada asasnya ia adalah untuk melihat senarai awal kerusi yang ingin kami tandingi dengan pandangan serta penilaian mereka di lapangan.

    MENARIK:  Sekolah vernakular: Jom minum kopi, kata Rajiv pada Akmal

    “Kami akan lakukan perkara yang sama untuk Negeri Sembilan minggu depan. Bersama akan bertanding dan melalui proses itu supaya apabila semakin menghampiri hari penamaan calon, kita akan umumkan kerusi yang akan ditandingi,” katanya.

    Pengundi berhak dapat pilihan

    Ketika ditanya mengenai persiapan Bersama, Rafizi menyifatkan usaha bertanding dalam dua PRN dalam tempoh kurang sebulan selepas pelancaran Bersama sebagai “gila dan hampir mustahil”.

    Katanya, Bersama kini secara serentak melaksanakan kerja-kerja dalam mengembangkan keahlian, memperkenalkan diri kepada pengundi dan membina jentera pilihan raya.

    “Namun ia cabaran yang saya ingin sahut kerana kita tahu masa kita sangat singkat, sebab itu kami merangka Bersama dengan cara yang sangat berbeza berbanding parti lain untuk pilihan raya,” katanya.

    Rafizi berhujah Bersama direka khusus untuk mengatasi cabaran tersebut dengan bergantung kepada struktur organisasi yang mendatar, sumber secara sumber awam (crowdsourcing) dan infrastruktur digital, bukannya rangkaian cabang dan bahagian tradisional.

    Tambahnya lagi, parti itu juga mahu membezakan diri daripada parti politik tradisional melalui gaya kempen, mesej dan pengundian calon.

    “Kita akan tampil dengan kempen yang kompeten dan menarik. Kempen pilihan raya semuanya tentang siapa lebih hype atau funky.

    “Sekarang ni dunia media sosial. Saya rasa Bersama akan dapat menghasilkan kempen yang lebih meriah dan mampu menarik orang biasa, tidak kira Gen Z atau milenial,” jelasnya.

    Sebagai sebahagian daripada kempen yang dirancang, Bersama dijangka menampilkan calon lebih muda, berpendidikan tinggi dan daripada latar belakang yang pelbagai.

    Rafizi berkata parti itu turut berharap Bersama mampu menyediakan platform kepada golongan profesional dalam lingkungan umur 30-an dan 40-an yang semakin hilang kepercayaan terhadap politik arus perdana.

    “Sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang berpendidikan sebelum ini berasa kecewa dengan politik, lalu tidak mahu terlibat.

    “Kami harap Bersama memberi mereka platform itu. Dan saya fikir pengundi berhak mendapat pilihan apabila ahli politik atau calon mempunyai kualiti sedemikian,” katanya.

    Sebagai sebahagian daripada gerakan memperkenalkan diri, Bersama akan terlibat dalam siri Jelajah Kancil yang akan bermula di Johor Bahru pada malam ini. Menariknya secara kebetulan ia dilakukan pada malam yang sama PH melancarkan jentera pilihan raya mereka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah