30 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Remaja 13 tahun mengaku salah bakar anak kucing

    Shopee Sale

    Seorang remaja lelaki berumur 13 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Kajang hari ini atas pertuduhan membakar seekor kucing di kawasan parkir sebuah pangsapuri Taman Sri Kenari di Kajang, bulan lepas.

    Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz menetapkan 27 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap remaja itu dan bagi mendapatkan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

    Mahkamah turut membenarkan remaja itu diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

    Remaja itu bersama dua lagi yang masih bebas didakwa secara kejam menyebabkan kesakitan kepada seekor kucing dengan membakar haiwan itu pada 1.08 petang, 22 April lepas.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Perenggan 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. 

    Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurul Afiqah Abdul Ghaffar menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin atas alasan kes itu serius kerana ia melibatkan penganiayaan terhadap haiwan selain kes berkepentingan awam.

    MENARIK:  Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Jan 2026

    Dalam rayuan ibu remaja itu yang berumur 30 tahun mewakili anaknya, dia memohon jaminan rendah kerana dia bekerja di sebuah syarikat elektronik dengan pendapatan RM1,500 sebulan serta menanggung ibunya yang berumur 63 tahun.

    Sebelum ini tular satu rakaman video berkaitan kejadian itu yang menunjukkan tiga lelaki sedang melepak di tapak parkir motosikal flat berkenaan dan dua daripada mereka kemudian menyimbah dipercayai bahan bakar ke atas anak kucing dianggarkan berusia enam minggu sebelum seorang daripada mereka menyalakan api dan membakarnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah