29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saifuddin sedih polis dipersalahkan kerana isu bedah siasat

    Shopee Sale

    Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan bahawa bezah siasat berhubung sesuatu kematian adalah di bawah tanggungjawab pihak hospital dan bukan pihak polis.

    Mengulas mengenai isu kematian Zara Qairina Mahathir, Saifuddin berkata dia berasa sedih apabila polis menerima kecaman kerana didakwa gagal mengadakan bezah siasat terhadap mayat Allahyarham.

    "Saya tengok balik kronologi dan rentetan siasatan, dengan angka yang begitu ramai, keterangan yang begitu lengkap diambil, saya rasa sedih melihat kesungguhan pasukan polis (tetapi) hanya kerana satu part itu saja, di mana dikatakan polis gagal (melakukan bezah siasat).

    "Bedah siasat bukan polis buat, doktor buat, dibuat oleh doktor, bila diketahui sebab kematian,” katanya.

    Menurut Saifuddin, bezah siasat dilakukan selepas ibu Zara membuat laporan polis mengatakan ada kesan lebam ke atas mayat anaknya ketika memandikan jenazah.

    "Dia buat laporan polis, serentak dengan itu juga kita cadangkan gali semula kubur atas nama nak cari kebenaran, polis cadang untuk gali balik," katanya ketika sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-13 di Dewan Rakyat, hari ini.

    Kematian Zara sebelum ini menimbulkan pelbagai tanda tanya dan spekulasi, antaranya tiada bezah siasat dilakukan terhadap mayatnya.

    Pihak keluarga percaya pelajar tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, di Papar Sabah itu menjadi mangsa buli rakan di sekolahnya.

    MENARIK:  'Pembangkang, jangan angkuh lagi biadab nak maki fitnah anak angkat saya'

    Zara ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang di bangunan bawah asrama sekolahnya pada 16 Julai dan meninggal dunia pada hari berikutnya di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

    Kematiannya mencetuskan kemarahan di seluruh negara, dengan ramai menuntut kebertanggungjawaban serta langkah bagi menangani buli di institusi pendidikan.

    Polis mengesahkan pasukan petugas khas dari Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes kematian Zara, manakala Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan inkues terhadap kematiannya.

    Mengulas lanjut, Saifuddin berkata sekiranya kematian Zara berlaku di lokasi kejadian, polis pasti akan mengarahkan bezah siasat dilakukan.

    "Saya baca setiap detik, pada ketika adik Zara jatuh, dia masih bernafas, disahkan penolong pegawai perubatan, dia bukan meninggal di sekolah, kalau dia jatuh dan meninggal lain, terus dibawa ke hospital, bezah siasat tak ada isu dah.

    "Dia dibawa (ke hospital dalam keadaan) masih bernyawa, apa tindakan doktor pada waktu itu, selamatkan dia dulu, letak segala wayar, itu keutamaan dia, sebab waktu tu siapa yang cerita kes buli, siapa pun tak tahu kes buli, keutamaan kita selamatkan dia. Sekarang baru tahu ada elemen buli," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah