29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rusuhan: Rakyat M'sia di UK dinasihat daftar dengan Suruhanjaya Tinggi

    Shopee Sale

    GLOBAL | Rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke United Kingdom (UK) dinasihatkan mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London berikutan protes yang berterusan di pelbagai kawasan di negara itu.

    Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London menasihatkan rakyat Malaysia yang melawat UK kurang daripada satu bulan untuk menghantar e-mel kepada Suruhanjaya Tinggi di [email protected].

    Subjek e-mel hendaklah memasukkan hari terakhir pelawat di UK diikuti dengan nama dalam format YYYYMMDD NAMA (contohnya, 20240805 ABU BIN ALI jika hari terakhir ialah 5 Ogos 2024, dan nama adalah Abu bin Ali).

    Selain itu, kandungan e-mel harus menyertakan nama ahli keluarga yang turut serta, nombor Kad Pengenalan, nombor pasport, alamat di UK, nombor telefon dan tempoh tinggal di UK.

    Selain itu, nama, nombor telefon dan hubungan dengan waris juga perlu disertakan.

    "Bagi mereka yang menetap atau melawat UK lebih daripada satu bulan, daftar kehadiran anda melalui perkhidmatan e-Konsular Kementerian Luar Negeri melalui laman sesawang atau aplikasi mudah alih.

    MENARIK:  Unifil luah kebimbangan terhadap peningkatan konflik ketenteraan Lubnan-Israel

    "Bagi pelajar Malaysia, pendaftaran boleh dibuat melalui platform pendaftaran Kementerian Pendidikan Tinggi di tambahnya.

    Rakyat Malaysia di UK yang telah mendaftar di portal TalentCorp MyHeart dianggap telah mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, dan tidak perlu mengambil tindakan lanjut.

    Menurut laporan media, pihak berkuasa UK menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk menamatkan rusuhan terburuk di England dalam tempoh 13 tahun, yang dicetuskan oleh serangan tikam di Southport pada 29 Julai.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah