27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Unifil luah kebimbangan terhadap peningkatan konflik ketenteraan Lubnan-Israel

    Shopee Sale

    Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada Khamis melahirkan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan konflik yang berbahaya di sepanjang Garisan Biru, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

    UNIFIL dalam satu kenyataan berkata pasukannya memantau tujuh serangan udara Israel ke atas Lubnan dan lebih 120 insiden bedilan artileri, manakala lebih 120 projektil dilepaskan dari wilayah Lubnan.

    Kenyataan itu menyifatkan kesemua tindakan itu sebagai pelanggaran serius terhadap Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB.

    MENARIK:  LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax

    Menurut kenyataan itu, pasukan pengaman kini berada di lapangan untuk memantau perkembangan, melaporkan insiden, menyelaras antara pihak terlibat, menyediakan sokongan kemanusiaan, serta melindungi orang awam setakat yang termampu.

    UNIFIL menggesa semua pihak agar menamatkan permusuhan dan menegaskan semula keperluan untuk mematuhi sepenuhnya Resolusi 1701 bagi memastikan keselamatan dan perlindungan orang awam di kedua-dua belah pihak di Garisan Biru.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah