25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RimbaWatch: Projek tebus guna tanah KLRC ancam biodiversiti

    Shopee Sale

    Kumpulan pemantau alam sekitar, RimbaWatch, memberi amaran bahawa projek tebus guna tanah untuk membuka laluan kepada pembangunan bandar lagun di Kuantan boleh mengancam biodiversiti di kawasan itu.

    Dalam kenyataannya, RimbaWatch mengkritik rancangan kerajaan Pahang untuk membangunkan Kuantan Laguna Resort City (KLRC) - sebuah pusat perananginan menghadap laut di sepanjang Pantai Gelora - dengan mendakwa ia membahayakan terumbu karang dan bakau yang penting untuk biodiversiti dan perlindungan pantai.

    "Projek KLRC akan memberi kesan kepada beberapa hutan bakau Kuantan.

    "Hutan bakau pantai adalah penting untuk kawasan bandar kerana ia bertindak sebagai penghalang semula jadi terhadap gelombang ribut dan hakisan pantai, sekali gus melindungi infrastruktur dan kehidupan manusia.

    "Ia juga memainkan perananan penting dalam mengekalkan kualiti air dengan menapis bahan pencemar dan menyediakan habitat kritikal untuk pelbagai spesies marin dan daratan yang menyokong kepelbagaian biologi dan mata pencarian tempatan," kata kumpulan itu.

    Tambah RimbaWatch lagi, pemusnahan habitat akibat projek KLRC boleh mengganggu rantaian makanan dan menjejaskan keseluruhan ekosistem, selain menyebabkan pencemaran yang memudaratkan hidupan marin termasuk terumbu karang dan rumput laut.

    MENARIK:  Sambutan hari jadi TYT Sabah bukan tiga bulan, kata TKM

    Menurut kumpulan itu, cadangan pembangunan tebus guna tanah seluas 730 hektar itu juga akan memberi kesan kepada masyarakat berpendapatan rendah yang bergantung kepada ekosistem untuk mata pencarian mereka.

    "Memburukkan lagi masalah, projek pembangunan besar seperti itu lazimnya memberi manfaat kepada golongan berpendapatan sederhana dan atas dari segi ekonomi, manakala kos alam sekitar membebankan masyarakat berpendapatan rendah, menghasilkan semula ketidaksamaan kekayaan," katanya.

    Bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap projek itu, RimbaWatch berkata sekumpulan penduduk di Kuantan telah memulakan petisyen dalam talian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah