27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sambutan hari jadi TYT Sabah bukan tiga bulan, kata TKM

    Shopee Sale

    Sambutan hari jadi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah Musa Aman bukannya berlangsung selama tiga bulan, kata Timbalan Ketua Menteri Joachim Gunsalam.

    Jelasnya, persepsi itu terhasil daripada tujuh acara yang diadakan pada bulan Jun semasa sambutan rasmi hari lahir Musa dan hari lahir sebenar itu sendiri jatuh pada 30 Mac.

    Joachim Gunsalam

    Katanya, kbinet negeri telah memutuskan untuk mengadakan sambutan rasmi pada 21 Jun. Dia bagaimanapun, tidak menyatakan alasan di sebalik keputusan itu.

    “Sambutan itu tidak akan diadakan secara berterusan sepanjang tempoh tiga bulan itu, sebaliknya tujuh acara berkenaan memang dirancang dalam satu bulan sahaja iaitu Jun,” katanya.

    Tambahnya, bajet untuk hari jadi TYT telah dikurangkan sebanyak 30 peratus berbanding tahun lalu.

    Tujuh acara yang akan dijalankan itu secara tradisinya diadakan sempena hari jadi TYT dalam sambutan sebelum ini, kata Joachim.

    MENARIK:  Peniaga pasar malam Perlis wajib hentikan operasi semasa solat Maghrib

    Tahun lalu, menurutnya, sambutan hari jadi TYT memuatkan 12 acara.

    Semalam, The Star melaporkan Joachim sebagai berkata bahawa beberapa siri acara akan berlangsung bermula hari lahir Musa pada 30 Mac sehingga 21 Jun.

    “Selaras dengan warta kerajaan Sabah, hari lahir rasmi TYT jatuh pada 30 Mac 2025.

    “Bagaimanapun, sambutan akan diteruskan sehingga 21 Jun 2025, dengan tujuh acara rasmi berlangsung di Sabah dalam tempoh ini,” katanya dipetik sebagai berkata.

    Tanggapan salah itu telah mengundang kritikan daripada Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking, yang berkata, bahawa menggunakan dana awam untuk perayaan berpanjangan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

    Sabah kini merupakan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi di negara ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah