29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 5 petang ini

    Shopee Sale

    Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga 5 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

    MetMalaysia dalam amaran yang dikeluarkan pada 2.20 petang memaklumkan, kawasan terlibat ialah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang; Perak (Batang Padang dan Muallim); Pahang (Cameron Highlands, Raub dan Rompin) serta Johor (Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

    MENARIK:  Loke beri jaminan babi panggang tetap ada setiap Tahun Baru Cina

    Keadaan sama turut diramal di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit, Bintulu (Tatau) serta Limbang.

    Di Sabah pula, kawasan yang dijangka terjejas ialah bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Tawau (Tawau dan Lahad Datu).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah