25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ribut Perlis: Enam rumah rosak, bumbung tercabut

    Shopee Sale

    Enam rumah rosak apabila bumbung tercabut akibat ribut di beberapa kawasan di Perlis, kira-kira 5 petang semalam.

    Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor berkata berdasarkan rekod pihaknya setakat 9.10 malam tadi, kawasan terjejas melibatkan Kariah Beseri Sungai Paya, Kota Kayang, Wang Besar, Padang Melangit, Abi dan Tok Kaya.

    "Rumah mengalami kerosakan kecil akan diberikan bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis manakala kerosakan teruk akan dirujuk JKM untuk diberi bantuan oleh MAIPs.

    “Isu di luar garis panduan sedia ada JKM juga akan dirujuk kepada MAIPs," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

    MENARIK:  Mangsa banjir di Perak meningkat, Kedah kembali dilanda banjir

    Mohd Nazim meminta orang ramai segera membuat laporan polis dan memaklumkan kepada pemimpin masyarakat serta pihak JKM bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan keperluan kepada mangsa terlibat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah