27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Reman ibu disyaki dera anak perempuan disambung empat hari – Polis

    Shopee Sale

    Perintah reman terhadap ibu kepada kanak-kanak perempuan yang disyaki didera di Sungai Ara di Balik Pulau, dilanjutkan empat hari lagi sehingga 29 Mei ini.

    Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata wanita berusia 49 tahun yang juga pengurus program di sebuah kilang di Bayan Lepas sebelum ini direman selama empat hari bermula 22 Mei dan berakhir hari ini.

    "Mahkamah membenarkan permohonan pihak polis untuk mendapatkan sambungan reman selama empat hari lagi bermula esok hingga 29 Mei bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat terhadap suspek,” katanya dalam kenyataan di Balik Pulau hari ini.

    MENARIK:  Kelantan sasar 50,000 pelancong lawat negeri itu tahun ini

    Media sebelum ini melaporkan polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak perempuan lebam dan luka di belakang badan dipercayai dirotan dalam kejadian di sebuah rumah di Sungai Ara.

    Pasangan itu ditahan pada Selasa lepas susulan laporan polis yang dibuat oleh guru besar sekolah berhubung insiden yang berlaku terhadap murid Tahun Enam itu.

    Suami wanita itu yang berusia 47 tahun sebelum ini turut direman empat hari berakhir semalam, dilanjutkan lima hari lagi bermula hari ini hingga 29 Mei dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah